
KUALA LUMPUR, 9 MAC 2012:
Bagi anda peminat muzik pop-dance, anda tentunya mengenali kumpulan
SM*SH (SMASH). Bagi yang ingin mengenali SM*SH, mereka merupakan sebuah
kumpulan dari Indonesia yang ditubuhkan pada 10 April 2010. Nama SMASH
merupakan singkatan daripada 'Seven Men As Seven Heroes'.
'Heroes'
di sini merupakan pendekatan yang mereka gunakan bagi menyampaikan
hasrat mereka yang ingin menginspirasi anak muda untuk berfikiran
positif. SM*SH adalah sekumpulan anak muda yang ingin berkongsi
kegembiraan dan perasaan menerusi muzik dan penampilan mereka.SM*SH terdiri daripada tujuh remaja iaitu Morgan Oey, Rangga Dewamoela Soekarta, Rafael, Dicky Muhammad Prasetya, Reza Anugrah, Muhammad Ilham Fauzi, dan Bisma Karisma. Kumpulan ini menjadikan band-band Korea sebagai inspirasi mereka dari segi tarian, penampilan dan genre muzik iaitu pop-dance. Dengan imej yang juga ala-ala ahli band Korea ini, SM*SH tentunya akan mencuri perhatian peminat artis-artis Korea di negara ini!
Penampilan SM*SH pada julung kalinya di Malaysia ini mempertaruhkan single mereka yang bertajuk "I Heart You". Lagu ciptaan Sogi Indradhuaja, Decil Prapanca, Buni D'Looney, dan Hendi ini adalah sebuah lagu rancak bertemakan rasa cinta terhadap seorang gadis remaja. Melalui penyampaian lirik yang ringan dan penggunaan kosa kata yang ringkas, lagu ini mudah difahami dan tentunya senang diterima oleh kebanyakan golongan masyarakat.
Khas untuk pembaca portal Murai, SM*SH yang sedang dalam rangka promosi mereka di negara ini akan hadir ke pejabat portal Murai pada 14 Mac ini. Mereka akan berchatting di laman sosial Facebook Murai, dan pembaca-pembaca yang ingin mengenali lebih rapat dengan kumpulan ini, bolehlah berchatting pada sekitar jam 10.30 pagi sehingga 12.30 tengahari.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar